NADI Safe & NADI Shield - Kesedaran Keselamatan Dalam Talian

27 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Januari 2025, webinar NADI Safe & NADI Shield : Kesedaran Keselamatan Dalam Talian telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Taklimat NADI Safe & NADI Shield adalah inisiatif yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) melalui program NADI (National Digital Inclusion) untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dalam talian di kalangan pelajar dan komuniti setempat. Program ini menekankan kepentingan penggunaan internet secara bijak dan selamat, serta melindungi diri daripada ancaman siber seperti buli siber, penipuan dalam talian, dan “cyber grooming”. Kelas ini berlangsung sekitar jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali